Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al
Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (
QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang keji adalah
untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari
apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan
dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa
yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan
Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu
datang pada waktunya..
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab